Wednesday 8 August 2012

SYAIR

SYAIR


FUNGSI SYAIR


  1. Sebagai hiburan – sesuai dengan sifatnya yang demikian maka syair sering dilagukan dalam majlis-majlis tertentu seperti dalam pesta dan keramaian, dipertandingkan atau dalam upacara-upacara adat.
  2. Alat menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu terutama dalam hal-hal yang menyentuh aspek pengajaran agama Islam dari rukun iman, rukun sembahyang, zakat, puasa dan sebagainya. Kemerduan suara “tukang lagu” dan kelembutan nada syair berupaya mengusik perasaan dan seterusnya meninggalkan kesan yang mendalam
  3. Berfungsi dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan masyarakat
  4. Dinyanyikan atau dilagukan sebagai mengiringi tarian-tarian tertentu seperti dalam dabus dan boria
  5. Digunakan dalam adat perkahwinan


CIRI - CIRI SYAIR

    1. Setiap rangkap syair terdiri daripada empat baris serangkap. Ini bermakna tiap-tiap satu rangkap syair mengandungi jumlah baris yang tetap.
    2. Setiap baris mengandungi 4 hingga 5 patah perkataan sebaris
    3. Suku kata syair sebaris ialah di antara lapan hingga sepuluh jumlah suku kata.
    4. Syair mempunyai skema rima akhir baris a-a-a-a
    5. Dalam satu baris syair, terdapat suatu hentian (pause).
    6. Tiap satu rangkap syair memerlukan beberapa rangkap syair yang berurutan untuk  memberi idea yang lengkap.Dengan lain perkataan, syair adalah satu pernyataan yang berlarutan bagi mengemukakan cerita, kisah, buah fikiran, nasihat dan puji-pujian. Sebab itulah syair ada awalan dan akhirannya.

         CONTOH SYAIR

    Syair Pesanan Ibu – Zurinah Hassan

    Dengarlah anak ibu berpesan,
    Lengkapkan diri dengan pelajaran,
    Hanyalah itu jadi bekalan,
    Untuk hidup di masa depan

    Ilmu itu pelindung diri,
    Seperti kebun berpagar duri,
    Seperti sinar intan baiduri,
    Itulah tanda orang jauhari.

    Hidupmu kini di masa remaja,
    Bagaikan permata amat berharga,
    Jangan jatuh ke lembah hina,
    Nanti menyesal tidak berguna.

    Kalau hidup terasa susah,
    Sering berhadapan dengan masalah,
    Hadapi dengan hati yang tabah,
    Jangan cepat resah gelisah.

    Syaitan menggoda bertambah gundah,
    Jangan mengambil jalan yang mudah,
    Jangan sekali mencuba dadah,
    Kalau terjerat sesal tak sudah.

    Jika masa sudah terbuang,
    Perginya tidak akan berulang,
    Di hari tua sesal mendatang,
    Mengingatkan waktu yang telah hilang.

    Dunia bagai lautan dalam,
    Gelomang besar karangnya tajam,
    Di situ banyak kapal tenggelam,
    Ramailah insan yang telah karam.

    Ingatlah wahai anakku sayang,
    Tanah indah pusaka moyang,
    Jangan terlepas ke tangan orang,
    Sedangkan kita miskin terbuang.



    HASIL CIPTAAN 

    Alkisah Tok Mat Ranggi 
    Makin tua makin menjadi 
    Sudah punya anak dan isteri 
    Tetapi hati masih mahu tambah isteri lagi

     Hai Tok Mat Ranggi kacak bergaya 
    Niatnya mahu beristeri dua
    Wang ringgit habis tak mengapa
    Asalkan dapat memikat hati si dara

    Tok Mat Ranggi berjiwa muda 
    Pergi kemana sahaja mahu bergaya
    Mahu si gadis terpikat padanya
    Tetapi tidak sedar diri bahawa umurnya sudah tua

    Segala tingkah lakunya diketahui isteri 
    Penampar dan penendang diberi
    Tok Mat Ranggi janji tak buat lagi
    Kalau buat lagi hilanglah gigi


    No comments:

    Post a Comment