Wednesday 8 August 2012

SELOKA


SELOKA

Defisi Seloka

Seloka merupakan sejenis karangan berangkap yang berasal daripada bahasa Sanskrit , ertinya karangan berangkap yang melarat iaitu tiada tetap sajaknya . Isinya dan maksudnya terus menerus sahaja seperti syair , iaitu tidak mempunyai pembayang maksud . Seloka tidak banyak perbezaannya dengan gurindam . Perbezaan antara kedua-dua puisi lama ini terletak pada isinya . Seloka memberatkan kelucuan , kejenakaan , serta maksudnya selalu tajam walaupun ia merupakan ejekan , sindiran , atau gurauan sahaja .

Sebagaimana gurindam , tiap-tiap baris dalam seloka mempunyai hubungan antara satu sama lain .


Contoh :

Emak Si Randang

Baik budi emak Si Randang
Dagang lalu di tanakkan
Tidak berkayu rumah diruntuh
Anak pulang kelaparan
Anak dipangku diletakkan
Kera di hutan di susui

Pak kaduk

Aduhai malang nasib Pak Kaduk
Ayamnya menang kampungnya tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Susuh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk


 Seloka Pak Pandir

Anak dipijak,dagang dijinjing
Kucing dibunuh, tikus dibela
Harta habis, badan tergadai
Mendengar gelagak dagang
Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh di langit
Air tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak
Gunting makan di hujung
Pak Pandir juga yang menanggung
Apa didengar gelagat dagang
Gelagak rambutan jantan
Orang berbunga dia berbunga
Orang berbuah dia haram
Kilat memancar hujang tak lalu
Awak juga berkecundangan



Ciri-ciri Seloka
      
     Satu ciri penting bagi seloka adalah ia mempunyai maksud mengejek, menyindir secara serius atau jenaka, mengkritik tingkah-laku dan sifat negatif , jumlah baris serangkap tetap iaitu 4 baris. Setiap baris dalam rangkap merupakan idea atau maksud atau isi cerita syair itu. Ini bermakna syair tidak mempunyai pembayang  seperti pantun. Cerita dalam setiap baris dalam serangkap itu perlu bersambungan dari satu rangkap ke satu rangkap untuk membawa kesatuan yang lengkap bagi keseluruhan syair tersebut . Antara contoh seloka yang terdapat dalam kesusteraan Melayu lama adalah :-
  • Seloka Emak Si Rendang
  • Seloka Pak Kaduk
  • Seloka Pak Pandir
Fungsi Seloka

  • Seloka dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan.
  • Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran.
  • Seloka juga digunakan untuk menyindir, mengejek, menempelak seseorang, melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia, memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang dan sebagai alat kawalan sosial.

                                                                
                                          HASIL CIPTAAN 

Jangan risau sahabat,
Aku tak pernah lupa,
Dalam pencarian makna kehidupan,
Kita pernah tersalah arah,
Kita pasti pernah terluka...

Jangan risau sahabat,
Sembilu dan duri itu adalah asam garam silaturahim,
Kerana kadang kita leka,
Tersalah laku tersasul bicara,
Hingga mengguris sesama kita.

Jangan risau sahabat,
Kita tetap sahabat..saudara sesama manusia,
Dalam perjalanan kehidupan,
Untuk mencari kesempurnaan jiwa,
Kita tetap sahabat selamanya.

No comments:

Post a Comment