Wednesday 8 August 2012

PANTUN TRADISIAONAL



KESUSATERAAN MELAYU KOMUNIKATIF



    Saya Ku Nor Amirul Zaidi Bin Ku Ahmad pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan  Kamunting dari kelas 6R2 ingin menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh guru Kesusasteraan Melayu Komunikatif saya iaitu Cikgu Zulkiflee Bin Abdul Manaf . 


 PANTUN TRADISIONAL

Definisi Pantun

Pantun adalah cabang puisi Melayu Klasik yang paling popular . Pantun menjadi popular kerana sifatnya yang ringkas serta mudah diingati atau dihafal . Seseorang boleh mencipta pantun setelah mempelajari sifat-sifatnya iaitu :

a) Terdapat dua bahagian dalam pantun iaiitu bahagian pembayang dan bahagian maksud . Bagi pantun 4 kerat , baris 1 dan 2 adalah bahagian pembayang . Manakala baris 3 dan4 adalah maksud . Begitu juga dengan pantun 6 kerat . Bahagian pembayangnya adalah pada baris 1, 2 dan 3 . Bahagian maksudnya pula adalah pada baris 4, 5 , dan 6 . 
b) Rima akhirnya atau huruf di hujung baris adalah sejajar , iaitu bagi pantun empat kerat rima akhir biasanya “abab”. Untuk pantun 6 kerat biasanya rima akhirnya “abcabc”.
c) Biasanya , setiap baris mestilah mempunyai 8 hingga 12 suku kata . Jumlah suku kata yang kurang atau lebih daripada suku kata tersebut menjadikan sesebuah pantun itu kurang bermutu . Dalam baris ini jumlah suku katanya boleh ditunjukkan sperti berikut
                                                                            Pu’lau pan’dan ja’uh ke te’ngah                   ~    9 suku kata
Gu’nung da’ik ber’ca’bang ti’ga                    ~    9 suku kata
Han’cur ba’dan di’kan’dung ta’nah              ~    9 suku kata
Bu’di yang ba’ik di’ke’nang ju’ga                  ~     10 suku kata 
d) Pantun boleh terdiri sendiri dalam satu rangkap dan dapat menyampaikan maksud dengan cepat dan berkesan. Selagi rima akhirnya terikat kepada rima pantun dan suku katanya mengandungi antara 8 hingga 12 , itu sudah cukup dikatakan sebagai cirri pantun yang baik 

 PERANAN / FUNGSI PANTUN 

  1. Digunakan dalam aktiviti masyarakat seperti kegiatan seni , keagamaan dan adat istiadat .
  2. Sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat seperti sanjungan kepada seseorang .
  3. Sebagai alat hiburan dan bahan jenaka serta gurau senda seperti pantun jenaka dan pantun usik mengusik serta pantun dalam permainan . 
  4. Sebagai alat bagi menguji ketajaman akal dan kehalusan perasaan seperti pantun teka - teki dan pantun peribahasa .
  5. Sebagai alat pendidikan sama ada secara menyindir , kiasan atau berterus - terang . 


CIRI - CIRI PANTUN

  1. Mempunyai bait dan isi .
  2. Setiap bait terdiri atas baris-baris .
  3. Jumlah suku kata dalam tiap baris antara delapan sampai dua belas .
  4. Setiap bait terdiri atas dua bahagian, iaitu sampiran dan isi .                                      


BENTUK DAN JENIS PANTUN

Pantun yang sering digunakan adalah pantun dua , empat , enam , lapan , sepuluh , dua belas dan empat belas kerat . Bentuk pantun bermacam-macam, misalnya: pantun anak-anak, pantun jenaka, pantun suka cita, pantun kiasan, pantun nasihat, pantun duka cita, pantun budi pekerti, pantun agama, dan lain-lain.


JENIS-JENIS PANTUN

1. Pantun dua kerat
2. Pantun empat kerat
- Pantun kanak-kanak
- Pantun jenaka
- Pantun bersukacita
- Pantun berdukacita
- Pantun kiasan
- Pantun budi
- Pantun nasihat
- Pantun agama
- Pantun kasih sayang
- Pantun nasib
3. Pantun enam kerat
4. Pantun lapan kerat
5. Pantun sepuluh kerat
6. Pantun dua belas kerat
7. Pantun tiga belas kerat
8. Pantun berkait

Contoh:
  • Pantun dua kerat
  • Pantun kanak-kanak

Sudah gaharu cendana pula,Sudah tahu bertanya pula.

  • Pantun empat kerat
  • Pantun jenaka

Ayam disabung jantan dipaut,Jika ditambat kalah laganya,
Asam di darat ikan di laut,
Dalam belanga bertemu jua.
  • Pantun enam kerat
Apa di harap padi seberang,Entah berderai entahkan tidak,
Entah dimakan pipit melayang,
Apa diharap kekasih orang,
Entah bercerai entah tidak,
Entah makin bertambah sayang.
HASIL CIPTAAN 

Siapa cepat dia dapat ,
Siapa lambat dia rugi ,
Hidup haruslah berjimat cermat ,
Jika tidak , merana diri 

1 comment: