Wednesday 8 August 2012

GURIDAM


GURINDAM

Definisi

            Menurut Ismail Hmid ( 1989 ) , istillah gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit . Walaupun berasal daripada bahasa asing  , tetapi dalam perkemnagan puisi perkembangan puisi Melayu . Gurindam yang berkembang dalam tradisi lisan Melayu mempunyai bentuk yang tersendiri dan kelainan dengan gurindam dalam bahasa Sanskrit . Menurut Raja Ali Haji .  Adapun gurindam itu , iaitu perkataan yang bersajak akhir pasangannya , tetapi sempurna perkataannya dengan satu pasanganya sahaja , jadilah seperti sajak yang pertama itu syarat dan sajak yang jedua itu jadi seperti jawab ( Sutan Takdir Alisjahbana , 1954 )   
Za'ba pernah mengatakan bahawa . " gurindam dan seloka lebih kurang sama , iaitu satu jenis syair meleret yang tidak teratur , berangkap-rangkap dan tiada tetap sukatnya , timbangnya dan sajaknya .Gurindam ialah puisi Melayu lama yang berbentuk dua baris serangkap . Tiap-tiap baris mempunyai bunyi yang sama pada hujung seperti syair . Makna baris yang pertama biasanya berhubung dengan makna baris yang kedua . Baris pertama kerap mengandungi amaran atau fikiran . Selain itu , sesetengah gurindam tidak mempunyai pertentangan bunyi . Terdapat juga ayat-ayat dalam gurindam yang tidak mempunyai rangkap .

    Gurindam berasal daripada bahasa tamil yang bermaksud “pepatah berangkap yang menjadi sebutan orang ramai” . Dalam persuratan Melayu , gurindam difahamkan sebagai sejenis syair melarat kerana tiada tentu rangkapnya . Sungguhpun demikian biasanya is mengandungi dua baris tidak seperti yang ditetapkan pada syair dan pantun .

    Isinya selalu mengandungi nasihat , buah fikiran yang bernas dengan bahasa yang berirama sebagai nyanyian . Isinya terus menerus seperti syair iaitu mempunyai pembayang maksud :


i) Gurindam bertentangan bunyi


Apabila banyak berkata-kata
Disitulah jalan masuk dusta

Apabila berlebih-lebihan suka
Itulah tanda hampir duka

Apabila kita kurang siasat
Itulah tanda pekerjaan sesat

Apabila anak tiada dilatih
Jika besar bapanya letih

Apabila banyak mencela orang
Itulah tanda dirinya kurang


ii) Gurindam yang tidak bertentangan bunyi

Kelebihan nabi dengan mukjizatnya
Kelebihan umat dengan alurnya
Benar melurut dengan muafakatnya

Negeri bertumbuh dengan adatnya
Tatkala kecil bernama muafakat
Sudah besar bernama adat
Raja adat kepada muafakat
Muafakat lalu di dalam gelap
Adat lalu di tengah terang
Hilang adat kerana muafakat



Ciri-ciri Gurindam
  • Gurindam bahasanya selalu padat , bernas , mdan isinya lebih cenderung kepada riang dan sukacita sebagai nyanyian , jenaka , senda gurau , kelakar dan sindiran giat yang bermaian-mainan dan mengeli-gelikan hati . Yang demikian menunjukkan ada kesempatan boleh melengah-lengahkan masa dan menyukakan-nyukakan hati hati . 
  • Seloka bahasanya kerap kali meleret dan melanjut , serta sindir giat nya selalunya tajam dan bias seperti mengejak , selain daripada itu boleh juga isisnya mengandungi perasaan-perasaan hiba-rawan , sedih-sayu , asyik-berahi , khayal , mimpi dan angan-angan 
  • Biasanya beberapa rangkap gurindam diperlukan untuk melengkapkan satu keseluruhan idea  . Seperti seloka , gurindam bukanlah puisi yang lumrah digunakan oleh masyarakat Melayu . Bentuk ini lebih formal penggunaanya . Puisi ini mungkin  digunaka dalam majlis-majlis tertentu . Oleh itu , sangat sukar untuk mencari contoh gurindam kecuali yang wujud dalam bentuk tulisan iait  " Gurindam Dua Belas " yang dihasilkan oleh Raja Ali Haji

Fungsi

  • Berdasarkan isinya , gurindam dapatlah dianggap sebagai puisi yang digunakan untuk tujuan pendidikan dan hiburan 
  • Gurindam juga berfungsi sebagai dokumentasi gambaran masyarakat yang dapat memancrkan kreativiti dan estetika 
  • Daya intelektual masyarakat Melayu lama dalam menangani hal kehidupan mereka . 
  • Gurindam juga dapat dijadikan media komunikasi antara ahli masyarakat . terutama , dalam majlis-majlis yang formal . 


Contoh Gurindam

                                               GURINDAM 12

Cahari olehmu akan sahabat ,
Yang akan dijadikan ubat .

Cahari olehmu akan guru ,
Yang boleh tahu setiap seteru

Cahari olehmu akan isteri ,
Yang boleh menyerahkan diri .

Cahari olehmu akan kawan ,
Pilih segala orang setiawan .



Norma – norma Yang Baik Dalam Perhubungan Suami Isteri



Isteri cantik permainan mata ,
Isteri budiman tajuk mahkota .

Perempuan bagus suntingan dunia ,
Perempuan beriman sangat mulia .

Suami isteri harus sekata ,
Jauh segala silang sekata  .

Suami tempat isteri bergantung ,
Kepadanya  serahkan nasib dan untung .

Jika suami tak berjati lurus
Isterinya kelak menjadi kurus .

Suami isteri tubuh yang dua ,
Sekata hendaknya sampai ke tua .

Maksud

1. Isteri yang cantik ianya dipandang dilihat , manakala isteri yang budiman akan disanjung tinggi .
2. Peempuan suntingan dunia bagus , manakala perempuan beriman dipandang mulia .
3. Suami serta isteri hendaklah selalu bersama serta seia dan sekata .
4. Suami yang tidak bertanggungjawab akan menyebabkan isteri terabai .
5. Kalau suami pegang kuasa keluarga akan menjadi pincang jikaa asyik suami sahaja yang bertanggungjawab .
6. Suami dan isteri adalah tubuh yang berbeza mereka sehaluan sampai ke tua .

Tema

Peranan suami isteri dalam rumahtangga .

Persoalan


1. Perlunya isteri yang cantik dan budiman untuk menjadi pasangan hidup .
2. Perempuan yang beriman akan dimuliakan
3. Memerlukan persefahaman suami isteri untk mengelakkan pergaduhan
4 . Suami menjadi tempat isteri bergantung hidup
5. Suami yang tidak bertanggungjawab akan menyebabkan isterinya terabai dan menderita .
Nilai Estetika

1. Ciri-ciri hyperbola “isteri cantik mainan dunia” , “perempuan bagus suntingan dunia” , “suami tempatisteri bergantung” , “jika suami tak berhati lurus” , “jika seorang ia binasa”.
2. Sinkof iaitu “jika suami tak berhati lurus”.
3. Metafora “sungguh suaimi pegang kuasa” , “jika suami berhati lurus” .
4. “Isteri cantik permainan mata” pergulangan vocal  asonansi a ada 5 .
6. Aliterasi “isteri cantik permainan mata” n ada 3
7. Inversi “suami isteri harus sekata”  dapat ditukarkan kepada “harus sekata suami isteri”, “kepadanya serahkan nasib dan untung” ditukar menjadi “serahkan nasib dan untung kepadanya” .

Ciri-ciri Gurindam

1. Mempunyai 7 rangkap 1 baris
2. 4-5 patah perkataan
3. Suku kata 10 hingga 12 sahaja
4. Gurindam jenis terikat iaitu a,a,a,a
5. Baris antara baris gurindam ini berbentuk naratif .
6. Dalam setiap baris memepunyai jeda
7. Ia merupakan satu kesatuan idea 

No comments:

Post a Comment